Tuesday, June 17, 2008




SECEBIS TAZKIRAH SEGARIS TARBIYYAH



LAYAKKAH SAUDARA MEMIMPIN,


ATAUKAH


SAUDARA YANG PATUT DIPIMPIN




Keutamaan lelaki berbanding wanita dalam soal kepimpinan tidak dapat dipertikaikan lagi. Lelaki telah ditetapkan supaya menjadi pembimbing kepada wanita. Memang selayaknyalah demikian kerana wanita itu sendiri asalnya dijadikan daripada tulang rusuk lelaki.

“ Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang baik..” (An-nisa’, ayat 1)

Tetapi adakah saudara layak dipanggil pemimpin atau hanya seronok digelar ketua sedangkan saudara pada hakikatnya belum layak menerima amanah tersebut? Barangkali saudara yang lebih patut dibimbing kerana kelemahan iman dan amalan saudara berbanding wanita yang telah saudara fikirkan untuk dijadikan isteri itu. Sekiranya, saudara masih berfikiran bahawa saudara masih muda dan masih jauh untuk memimpin seorang wanita yang bernama isteri, maka fikirkanlah bahawa seorang wanita atau orang bawahan tidak sanggup menerima seorang lelaki yang leka dan lemah kepimpinannya.Sekurang-kurangnya ada 10 persoalan perlu saudara tanyakan kepada diri sendiri sebelum bercita-cita hendak digelar pemimpin., ketua ataupun suami.

i. Adakah saudara selama ini telah kuat peng'amalan saudara?
Ini boleh dilihat pada bagaimana saudara menjaga sembahyang seperti adakah saudara seorang yang taat melaksanakannya pada awal waktu, khusyuk ketika melakukannya, lebih gemar berjemaah daripada bersendirian, menutup aurat dengan sempurna sewaktu beriadah dan rajin menghadiri majlis-majlis agama?

ii. Adakah saudara telah berakhlak dengan akhlak Islam?
Dalam menjalani kehidupan seharian, bagaimanakah cara saudara bertindak? Adakah saudara seorang yang tenang tetapi tegas pada soal-soal prinsip yang berteraskan agama dan boleh bertolak ansur pada hal-hal dunia?

iii. Adakah saudara menganggaqp penting maruah diri?
Ertinya saudara tidak pernah jejak ke tempat-tempat maksiat. Kalau pernah jejak pun, sekarang ini saudara telah benar-benar bertaubat. Bagi saudara, maruah diri adalah sesuatu yang amat berharga kerana ia bakal diwarisi oleh anak-anak yang bakal lahir nanti. Saudara tidak mahu termasuk dalam lelaki tidak bermaruah sebagaimana yang Rasulullah pernah sabdakan ;

“Barangsiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq(derhaka)bererti dia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”



iv. Adakah saudara seorang yang amanah?
Jika saudara pernah memungkiri janji atau menyalahi amanat, saudara bukanlah seorang yang amanah.

v. Adakah saudara seorang yang pemboros?
Saudara tahu membezakan antara pemurah dengan pemboros. Kelebihan harta yang ada pada diri saudara, saudara belanjakan ke jalan Allah tanpa sekali-kali membazirkan wang kepada hal-hal yang tdak perlu. Saudara tahu setiap pemboros itu adalah teman-teman syaitan laknatullah.

iv. Adakah saudara memaling muka apabila terpandang aurat wanita?
Jika saudara semakin membeliakkan mata, atau memandang lama dengan syahwat, atau memandang berkali-kali, itu tandanya saudara berkeranjang. Wanita solehah manakah yang sudi bersuamikan lelaki bermata demikian?

v. Adakah saudara seorang yang bertanggungjawab?
Jika orang-orang di bawah tanggungan saudara boleh hidup selesa, itu tandanya saudara seorang yang bertanggungjawab. Sikap ini membolehkan saudara dipercayai atau diangkat menjadi pemimpin. Sifat ini juga boleh melambangkan kebaikan saudara apabila bergelar suami dan ayah kelak.

Bagaimana? Adakah saudara layak digelar sebagai pemimpin, atau orang yang patut dipimpin? Ulama dan guru masih ramai di luar sana untuk menimba ilmu. Usia saudara masih panjang untuk membuat persediaan. Ayuh, Ubahlah diri saudara.


..Mujahid_Sufi..



























Sunday, May 4, 2008

Persatuan Melayu Murtad


Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...

IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...

Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...

BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan
IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.


Mereka hantar memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .

Antaranya:


1)
Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.


2) Di dalam dokumen pengenalan
mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama
- maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta
di'tiada' kan .

3) Mana-mana
orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.


4) Mana-mana
orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia
tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga
kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.


6)
Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.


7)
Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.


8) Mana-mana
orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.


9) Mana-mana
pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.


10) Sebagaimana
program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga

ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.


11) Sepertimana Quran, hendaklah
kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.


12)
Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam
Majalah Millenium
Muslim.

Friday, April 25, 2008

Islam Dihina lagi!!!!



Assalamualaikum….

Sedarkah kita semua dengan satu tragedi yang sekali lagi mengancam Islam selepas baru-baru ini kita digembar-gembur isu penghinaan seorang ahli parlimen Belanda iaitu geert wilders telah hina agama islam melalui filem hasil garapannya yang bertajuk "Fitna". Boleh dikatakan semua institusi agama islam bangkit untuk melahirkan rasa bantahan terhadap filem tersebut

Tapi, beberapa hari yang lepas, satu lagi isu besar yg kita sebagai seorang islam perlu tahu iaitu tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini.

Sejumlah saksi mengatakan, pasukan Ethiophia menyerang puluhan orang awam sehingga 20 orang yang menjadi korban ditemukan tanpa kepala.

Krisis antara tentera Kerajaan Somalia dan tentera dari negara Ethiopia telah berlarutan hingga menyebabkan lebih 80 orang awam termasuk 11 ulama terbunuh. Dalam kejadian di Masjid Al-Hidayah seramai 21 orang pelajar turut ditangkap oleh tentera Ethiopia tetapi masih belum diketahui nasib mereka.

Tragedi ini adalah satu perkara yang serius dan PBB sebagai pertubuhan antarabangsa harus mengambil tindakan segera agar krisis ini tidak berpanjangan.

Pembunuhan 11 Ulama dari Jamaah Sufi Tabligh termasuk pemimpin mereka Sheikh Saed Yehia adalah sesuatu yang sukar diterima kerana mereka hanyalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam pergolakkan politik yang kian meruncing itu.

Badan-badan NGOs dan Organisasi besar dunia seperti PBB, OIC dan lainnya diseru agar tampil membela nasib umat Islam di Somalia.

Kekejaman yang berlaku mengambarkan seolah-olah suatu usaha ke arah pembersihan etnik sedang berlaku di mana tentera Kristian dari Negara Ethiopia boleh sewenang-wenangnya datang ke somalia menyembelih umat Islam di negara berkenaan. Tekanan harus diberikan kepada Kerajaan Ethiopia agar menghentikan gerakkan ketenteraan ke Somalia.

Jesteru itu, marilah kita bersama-sama mendoakan mereka yang terkorban agar tergolong dalam golongan syahid fisabilillah.

Wassalam....

Thursday, April 24, 2008

Pemuda yg Mengawal Nafsunya




Nabi s.a.w berabbda dr Abi Hurairah: "Tujuh golongan yg Allah Naungi pd hari tiada naungan melainkan Naungan Allah: (diantranya) dan lelaki yg diajak membuat maksiat oleh wanita yg cantik serta berkedudukan tetapi lelaki itu menjawab "Sesungguhnya aku takut kpd Allah tuhan semesta alam...(Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w menceritakan tiga orang yg masuk ke dalam gua dan mereka terperangkap di dalamnya setelah pintunya tertutup dgn batu besar. salah seorang bertawassul dgn amalannya seperti berikut: "Ya Allah sesungguhnya aku mempunyai sepupu perempuan yg amat ku cintai. Aku meminta untuk menggaulinya tetapi dia enggan . Suatu hari dia dlm kesusahan dan meminta kepadaku seratus dinar. Aku pun mencari wang sebanyak yg diminta dan memberinya dgn syarat dia menyerah tubuhnya. Dia pun menyerahkan tubuhnya dlm keadaan terpaksa. Ketika aku berada dicelah kedua pehanya; dia pun berkata "Hai Abdullah hendaklah kamu bertakwa kpd Allah dan janganlah dicabut dara melainkan dgn pernikahan." Lantas aku terus bangkit meninggalkannya bersama wang seratus dinar. Sekiranya engkau tahu aku melakukannya itu kerana Mu ya Allah maka bukalah pintu gua ini." Maka Allah membukanya sebahagian...(Hr Bukhari dan Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: "Tuhanmu kagum dgn pemuda yg tidak mengikut keinginan hawa nafsunya." (Hr Ahmad) Pada zaman dulu di kufah, Iraq ada seorang pemuda yg cantik dan sgt kuat beribadat dan melawan hawa nafsu. Pada suatu hari dia tutun bersama kaumnya dan terpandang seorang wanita yg sgt lawa; lalu terpikat dan sgt cinta kpd wanita itu. Wanita itu juga terpikat dgn pemuda tadi. Pemuda itu terus meminangnya tetapi ditolak kerana dia sudah bertunang dgn sepupunya. Apabila cinta mereka berdua telah membuak2 sehingga menyiksa batin mereka; wanita itu terus menghantar surat yg tertulis "Sesungguhnya aku telah mengetahui begitu mendalamnya cintamu padaku dan sesungguhnya aku juga teramat mencintaimu. Jika kamu setuju aku akan menziarahimu ataupun aku akan memudahkan kamu supaya kamu datang berjumpa dgnmu." Lalu si lelaki itu menjawab "Aku tidak memilih salah satu dr 2 pilihan ini. (ayat Quran)aku takut azab pd hari kiamat yg agung sekiranya aku membuat maksiat kpd tuhanku."(15: Al-Anam) aku takut api neraka yg tidak akan terpadam dan tidak hilang kepanasannya." Apabila wanita itu mendengar kata2 lelaki tadi terus dia menjawab "Aku merasakan dia memilih demikian kerana dia takut kepada Allah. sepatutnya semua hamba perlu ada sifat takut kepada Allah kerana semua hamba adalah sama." Kemudian wanita itu terus meninggalkan dunia dan beribadat sungguh2. Walaupun begitu cinta pemuda itu makin memuncak sehingga akhirnya mati kerana cintanya. Pemuda itu menziarahi kubur wanita itu sambil berdoa dan menangis sehinggalah dia tertidur. Dlm tidurnya dia bermimpi menjumpai wanita itu dlm keadaan yg amat baik sekali. Perempuan itu bertanya "Bagaimana dgn keadaanmu dan apa yg kamu buat setelah kematianku." dan wanita itu mendedangkan satu rangkap syair:

"Sebaik2 cinta wahai permintaanku adalah cinta kpdmu ; cintamu membawa kepada kebaikan dan ihsan"

Lelaki itu bertanya "Apa yg engkau dapat sekarang?" Wanita itu menjawab:

"Mendapat nikmat dan kehidupan yg tidak akan hilang di dalam syurga yg kekal dan kerajaan yg tidak akan musnah"

Lelaki itu berkata "Ingatlah aku disana kerana aku tidak melupakanmu." wanita itu menjawab "Demi Allah aku tidak pernah melupakanmu dan aku telah meminta kpd Allah supaya kita dapat disatukan. Hendaklah kamu bersungguh2 utk mendapatku." Lelaki itu bertanya "Bila aku boleh berjumpa dgn mu?" Wanita itu menjawab "Engkau bertemu dgn ku tidak lama lagi."

Setelah tujuh hari pemuda itu pun meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya.

renungi cerita ini sahabat2ku..

Rujukan: Raudatul Muhibbin oleh syeikh Muhammad bin Muhammad bin Abu bakar az-Zurie

Tuesday, April 1, 2008

BOYCOTT ALL DUTCH PRODUCTS

AHLI PARLIMEN BELANDA IAITU GEERT WILDERS TELAH HINA AGAMA ISLAM MELALUI FILEM HASIL GARAPANNYA YANG BERTAJUK "FITNA".

TIADA KOMPROMI UNTUK MEREKA YANG GANGGU KESUCIAN AGAMA ISLAM. BILA KAMU (GEERT WILDERS) MENGGANGGU KESUCIAN AGAMA ISLAM, MAKA TERIMALAH HAKIKAT BAHAWA KAMU TERPAKSA BERHADAPAN DENGAN PEMUDA-PEMUDI YANG BERIMAN.

BERIKUT MERUPAKAN PRODUK KELUARAN BELANDA YANG MESTI KITA JAUHI

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29. Dumex -Susu Tepung
30. Nutricia -Susu Bayi
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain

Thursday, March 27, 2008

IKHLAS SEKADAR DI HUJUNG KUKU?


Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang bermaksud :

“padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah supaya menyembah Allah dengan dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya.” (surah Al-Bayyinah :5)

Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab, namun Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada umat Islam seluruhnya.

Dalam perkara keikhlasan ini, Rasulullah SAW menegaskan kepada umat Islam

“Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, bagi tiap-tiap seorang itu apa yang dia niat”

Niat itu ialah segala amalan yang ditunaikan semata-mata kerana menabdikan diri kepada Allah, apabila ada sifat riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang, maka berlakunya syirik yang tersembunyi yang boleh menghapuskan pahala seseorang itu.

Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah Taala.

Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu ditanyakan kepadanya : “Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?”. Lalu dia menjawab: “Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai.”

Padahal dia menyebarkan ilmu secara tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan bahawa: “kamu belajar ilmu dan menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku.” Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya : “apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?”. Dia menjawab : “wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan olehMu, aku memberi sumbangan derma.” Lalu Allah berfirman : “engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Aku,” lalu amalannya ditolak dan dia diseret kedalam api neraka.

Manakala yang ketiga dipanggil ialah seorang yang berjihad, apabila dia ditanya oleh Allah : apakah yang dia lakukan di dunia dahulu? Dia menjawab : “wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu”, lalu Allah berfirman : “betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani”, lalu amalannya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.

Allah SWT mendedahkan di dalam Al-Quran suatu golongan yang mendirikan masjid dan memakmurkan Masjidil Haram di zaman Rasulullah SAW, pada masa yang sama menentang Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah maksudnya : “adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (surah At-Taubah : 19)

Begitulah pentingnya ikhlas kepada Allah. Oleh kerana kita adalah hamba Allah SWT, maka segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sama ada akal, fikiran, iman, kesihatan tubuh badan termasuk harta benda adalah pemberian daripada Allah SWT.

Maka tanggungjawab beribadah dan segala amal kebajikan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah Taala. Allah tidak meminta apa-apa upah daripada kita.

Malah Allah menjanjikan untuk memberi pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengerjakan amal yang soleh. Lihat betapa orang yang ikhlas diterima oleh Allah Taala.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu tentang seorang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang wanita pelacur serta penzina.

Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada pelacur. Lalu orang itu berkata : “wahai Tuhanku, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pelacur.”

Pada malam esoknya dia berkata : “ malam ini aku akan memberi sedekah.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya. Lalu orang ramai memeperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya yang memang ada harta. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang kaya.”

Pada malam esoknya dia berkata : “malam ini aku akan bersedekah lagi.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pencuri.”

Lalu Allah mengutuskan utusan memberitahu kepadanya bahawa Allah Ta’ala telah menerima sedekahnya kerana Allah. Mudah-mudahan si pelacur akan bertaubat, si kaya akan insaf dan menjadi seorang yang pemurah, manakala pencuri akan meninggalkan perbuatan mencuri itu.

Begitulah berkatnya amalan ikhlas kepada Allah. Bukan sahaja berkat, malah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah Subha Nahu WaTa’ala.

Firman Allah yang bermaksud : “maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalamsurat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya).” (surah Al-Zalzalah : 7-8)


WALLAHU A'LAM

Thursday, February 28, 2008

Sabar


1. Sabar diletakkan sebelum Solat di dalam firman Allah SWT:

"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat" (Al-Baqarah 2:40)

2. Sabar disebut di dalam Al-Quran lebih dari 70 kali. Antaranya:

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih
daripada kesabaran musuh) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di
daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu
berjaya" (Ali Imran 3: 200)


3. Sumber kesabaran adalah Iman dan Taufiq daripada Allah. Ia tidak mungkin
hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan
dengan Allah." (An-Nahl 16: 127)


4. Sabar juga menjadi nasihat utama yang diberikan oleh Luqman Al-Hakim kepada
anaknya ketika menyebut tentang kewajipan solat serta mengerjakan al-amr bil
ma'ruf wa an-nahy 'an al-munkar. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya ia merupakan
perkara yang memerlukan keazaman (yang kuat)" (Luqman 31: 17)

5. Allah juga memberikan khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Firmannya:

"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka
yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah
kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah
berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka
itulah orang-orang yang beroleh petunjuk." (Al-Baqarah 2: 155-157)


6. Mereka yang kehilangan sesuatu kerana sabar, dijanjikan Allah dengan gantian
yang lebih baik bahkan terbaik.

"Dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran
yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan" (An-Nahl 16: 96)

7. Perbuatan-perbuatan baik yang lain, Allah janjikan balasan tertentu untuknya.
Akan tetapi, ganjaran sabar tidak Allah tentukan bahkan kepada kadar yang tidak
mungkin dapat dihitung.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar bakal beroleh ganjaran mereka
dengan keadaan yang tidak dapat dihitung." (Az-Zumar 39: 10)

8. Rasulullah SAW menyifatkan sabar sebagai Dhayâ iaitu sumber cahaya. Ertinya,
sabar itu adalah sumber kepada kebaikan-kebaikan yang lain.

9. Kerana sifat sabar, Allah SWT menjadikan segala urusan orang-orang yang
beriman itu baik. Rasulullah SAW bersabda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah
kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja.
Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik
untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah
itu kebaikan untuknya." (Muslim)

10. Sesungguhnya bala bencana yang ditimpakan Allah ke atas seorang mukmin
adalah tanda bahawa Allah menginginkan kebaikan untuknya. Rasulullah SAW
bersabda:

"Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya
dengan kesusahan" (Al-Bukhari)

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah
jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian.
Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak
bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (At-Tirmizi &
Ibn Majah)

11. Sebahagian daripada sahabat Nabi RA pernah menyebut "Sesungguhnya kami tidak
menganggap iman seorang lelaki itu sebagai iman yang sebenar jika beliau tidak
bersabar apabila ditimpa ujian."

12. Sabar mestilah ditangani dengan perasaan tenteram tidak 'melatah' dengan
ujian yang datang. Lihat contoh kisah Ibu Musa AS semasa anaknya yang
dihanyutkan itu, ditemui di dalam istana Firaun. Firman Allah SWT:

"Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong (dari sebarang ingatan
kerana mengenangkan anaknya). Sesungguhnya nyaris-nyaris menyatakan perihal
anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan
perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah ia dari orang-orang yang
percaya (akan janji Allah)." (Al-Qasas 28: 10)


DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

ADMIN N MT RAUDHAH.COM

Tuesday, February 12, 2008

Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan

Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia supaya kamu menyuruh dengan makruf dan mencegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah...(Al Baqarah:110)