
Assalamualaikum….
Sedarkah kita semua dengan satu tragedi yang sekali lagi mengancam Islam selepas baru-baru ini kita digembar-gembur isu penghinaan seorang ahli parlimen Belanda iaitu geert wilders telah hina agama islam melalui filem hasil garapannya yang bertajuk "Fitna". Boleh dikatakan semua institusi agama islam bangkit untuk melahirkan rasa bantahan terhadap filem tersebut
Tapi, beberapa hari yang lepas, satu lagi isu besar yg kita sebagai seorang islam perlu tahu iaitu tindakan kejam tentera Ethiopia (Habsyah) dalam tragedi penyembelihan 11 orang Ulama di Masjid Al-Hidayah, Mogadishu negara Somalia pada 21 April 2008 baru-baru ini.
Sejumlah saksi mengatakan, pasukan Ethiophia menyerang puluhan orang awam sehingga 20 orang yang menjadi korban ditemukan tanpa kepala.
Krisis antara tentera Kerajaan Somalia dan tentera dari negara Ethiopia telah berlarutan hingga menyebabkan lebih 80 orang awam termasuk 11 ulama terbunuh. Dalam kejadian di Masjid Al-Hidayah seramai 21 orang pelajar turut ditangkap oleh tentera Ethiopia tetapi masih belum diketahui nasib mereka.
Tragedi ini adalah satu perkara yang serius dan PBB sebagai pertubuhan antarabangsa harus mengambil tindakan segera agar krisis ini tidak berpanjangan.
Pembunuhan 11 Ulama dari Jamaah Sufi Tabligh termasuk pemimpin mereka Sheikh Saed Yehia adalah sesuatu yang sukar diterima kerana mereka hanyalah orang awam yang tidak berdosa dan tidak terlibat dalam pergolakkan politik yang kian meruncing itu.
Badan-badan NGOs dan Organisasi besar dunia seperti PBB, OIC dan lainnya diseru agar tampil membela nasib umat Islam di Somalia.
Kekejaman yang berlaku mengambarkan seolah-olah suatu usaha ke arah pembersihan etnik sedang berlaku di mana tentera Kristian dari Negara Ethiopia boleh sewenang-wenangnya datang ke somalia menyembelih umat Islam di negara berkenaan. Tekanan harus diberikan kepada Kerajaan Ethiopia agar menghentikan gerakkan ketenteraan ke Somalia.
Jesteru itu, marilah kita bersama-sama mendoakan mereka yang terkorban agar tergolong dalam golongan syahid fisabilillah.
Wassalam....


No comments:
Post a Comment