Tuesday, June 17, 2008




SECEBIS TAZKIRAH SEGARIS TARBIYYAH



LAYAKKAH SAUDARA MEMIMPIN,


ATAUKAH


SAUDARA YANG PATUT DIPIMPIN




Keutamaan lelaki berbanding wanita dalam soal kepimpinan tidak dapat dipertikaikan lagi. Lelaki telah ditetapkan supaya menjadi pembimbing kepada wanita. Memang selayaknyalah demikian kerana wanita itu sendiri asalnya dijadikan daripada tulang rusuk lelaki.

“ Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang baik..” (An-nisa’, ayat 1)

Tetapi adakah saudara layak dipanggil pemimpin atau hanya seronok digelar ketua sedangkan saudara pada hakikatnya belum layak menerima amanah tersebut? Barangkali saudara yang lebih patut dibimbing kerana kelemahan iman dan amalan saudara berbanding wanita yang telah saudara fikirkan untuk dijadikan isteri itu. Sekiranya, saudara masih berfikiran bahawa saudara masih muda dan masih jauh untuk memimpin seorang wanita yang bernama isteri, maka fikirkanlah bahawa seorang wanita atau orang bawahan tidak sanggup menerima seorang lelaki yang leka dan lemah kepimpinannya.Sekurang-kurangnya ada 10 persoalan perlu saudara tanyakan kepada diri sendiri sebelum bercita-cita hendak digelar pemimpin., ketua ataupun suami.

i. Adakah saudara selama ini telah kuat peng'amalan saudara?
Ini boleh dilihat pada bagaimana saudara menjaga sembahyang seperti adakah saudara seorang yang taat melaksanakannya pada awal waktu, khusyuk ketika melakukannya, lebih gemar berjemaah daripada bersendirian, menutup aurat dengan sempurna sewaktu beriadah dan rajin menghadiri majlis-majlis agama?

ii. Adakah saudara telah berakhlak dengan akhlak Islam?
Dalam menjalani kehidupan seharian, bagaimanakah cara saudara bertindak? Adakah saudara seorang yang tenang tetapi tegas pada soal-soal prinsip yang berteraskan agama dan boleh bertolak ansur pada hal-hal dunia?

iii. Adakah saudara menganggaqp penting maruah diri?
Ertinya saudara tidak pernah jejak ke tempat-tempat maksiat. Kalau pernah jejak pun, sekarang ini saudara telah benar-benar bertaubat. Bagi saudara, maruah diri adalah sesuatu yang amat berharga kerana ia bakal diwarisi oleh anak-anak yang bakal lahir nanti. Saudara tidak mahu termasuk dalam lelaki tidak bermaruah sebagaimana yang Rasulullah pernah sabdakan ;

“Barangsiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq(derhaka)bererti dia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”



iv. Adakah saudara seorang yang amanah?
Jika saudara pernah memungkiri janji atau menyalahi amanat, saudara bukanlah seorang yang amanah.

v. Adakah saudara seorang yang pemboros?
Saudara tahu membezakan antara pemurah dengan pemboros. Kelebihan harta yang ada pada diri saudara, saudara belanjakan ke jalan Allah tanpa sekali-kali membazirkan wang kepada hal-hal yang tdak perlu. Saudara tahu setiap pemboros itu adalah teman-teman syaitan laknatullah.

iv. Adakah saudara memaling muka apabila terpandang aurat wanita?
Jika saudara semakin membeliakkan mata, atau memandang lama dengan syahwat, atau memandang berkali-kali, itu tandanya saudara berkeranjang. Wanita solehah manakah yang sudi bersuamikan lelaki bermata demikian?

v. Adakah saudara seorang yang bertanggungjawab?
Jika orang-orang di bawah tanggungan saudara boleh hidup selesa, itu tandanya saudara seorang yang bertanggungjawab. Sikap ini membolehkan saudara dipercayai atau diangkat menjadi pemimpin. Sifat ini juga boleh melambangkan kebaikan saudara apabila bergelar suami dan ayah kelak.

Bagaimana? Adakah saudara layak digelar sebagai pemimpin, atau orang yang patut dipimpin? Ulama dan guru masih ramai di luar sana untuk menimba ilmu. Usia saudara masih panjang untuk membuat persediaan. Ayuh, Ubahlah diri saudara.


..Mujahid_Sufi..